Ungkapan 'Out of BOX' adalah mewakilkan pemikiran di luar dari kongkongan. Berfikiran dinamik dan memberi momentum dan perubahan. Bila kita berfikiran pasif dan negatif, maka kita dikelaskan sebagai pemikiran 'Katak di bawah tempurung'. Bagaimana kita berfikir ke arah yang positif lagi diredhai Allah SWT? Mestilah dengan melihat kebaikan yang akan kita perolehi dari idea dan lontaran idea yang kita buat. Berani membuahkan sesuatu maka menghasilkan sesuatu berbanding meletakkan takut dan KEMALASAN bukan pada tempatnya. Untuk siapa kita HIDUP kalau bukan kerana amanah Allah SWT. Amanah..

p.s : Memudahkan orang lain itu juga sedekah, sekali pun tidak nampak seperti kita menyumbang DUIT.

Dapat mencukupkan waktu, belum tentu lengkap solat. 'Khusyuk' dalam solat. Niat 'Qasyad', 'Taqyid' . Amalan mestilah dengan niat. Tolong ingat, sempurnakah solat? Ingatkan pada Allah SWT dalam setiap saat agar kita dekat denganNya. Ini untuk aku sendiri, Ya Allah berikan kami minat dan kesungguhan dalam menguatkan agama MU Ya Allah.


Damai malam minggu, dengan penghujung malam menuju pagi. Aku masih belum berupaya ngantuk untuk menjengah mimpi dari lena. Dengan kemungkinan puas membawa ilusi dan cita-cita. Aku belum bersedia tidur dan ketikan papan kekunci Korea ini membawa 'Si Dungu' ini terus khayal resah untuk masa depan yang lebih baik. Bukan lagi jaguh atau perkasa, menjadi milik tetapi ruang dan peluang menentukan Allah itu maha mengetahui.



Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.

“Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar,” jelas kenyataan itu lagi.

Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

“Ia menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi,” jelas kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu, solat sunat gerhana bulan di negara ini boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Yang ku ingat hanyalah misi@nurse@jururawat. Apapun dlam nilai sebenar adlah Misi menunjukan mission ataupun target. Sesebuah organisasi mestilah mencapai target yang diharapkan dan menjadi kelangsungan yang perlu ditepati.

Apa misi anda, atau jabatan anda. Memulakan dengan sedikit perancangan dan hala tuju yang hendak dicapai. Merancang supaya ianya menjadi pengupaya untuk mencapai sesuatu.

p/s: Misi ke syurga

Dapat juga digolongkan sebagai penulis blog. Walaupun kecil-kecilan. Tak gitu. dapat juga menyampaikan ilmu dalam blog kerdil ni. Pun begitu dapat dikongsikan bersama-sama pembaca dan sesekali menyentap perasaan. Bukan senang dan rajin nak menulis ayat dan bait isi cerita.

Membentuk ayat dan bahasa yang sesuai bukanlah mudah kecuali dengan bakat.

p/s: X lah aku lupa

More

Whats Hot