Persahabatan


Sejauhmana persahabatan kita, ianya tetap dibatasi dengan ruang dan masa. Hanya doa dan keikhlasan mampu mengiringi sahabat dan persahabatan sebenarnya adalah sesuatu yang subjektif.
Yang terdahulu didulukan, yang kemudian tidak semestinya tidak boleh mendahului.

Yang terdahulu didulukan, yang kemudian tidak semestinya tidak boleh mendahului.


Petikan dari Blog
‘Sekali Kaki Melangkah’
Bicara Abu Urwah

SAHABAT HAKIKI

Biar apa pun jenis sahabat yang anda miliki, tetapi ketahuilah bahawa sahabat baik yang sebenar bagi seseorang manusia itu adalah amal solehnya. Inilah sebaik-baik teman, dan ia juga adalah sebaik-baik bekal bagi kita untuk bertemu dengan Allah.

Ini seperti mana kisah Hatim al-’Assam yang terdapat di dalam kitab Ya Ayyuhal Walad al-Muahib tulisan Imam al-Ghazali. Hatim al-’Assam adalah seorang sahabat baik kepada Syaqiq al-Balkhiy. Pada satu hari, Syaqiq bertanya kepada Hatim, “Kamu telah bersahabat denganku selama 30 tahun. Apakah yang telah kamu perolehi dari persahabatan kita ini?” Jawab Hatim al-’Assam, “Aku telah memperolehi lapan perkara, cukup sebagai bekalan bagi keselamatan aku di Akhirat nanti.” Dan ini perkara pertama dari 8 perkara itu. Untuk 7 perkara lagi, sila dapatkan kitab itu di kedai buku berhampiran (tak tebal pun kitab tu).

Aku melihat semua manusia mempunyai kekasih. Sebahagian mereka sanggup menemani kekasihnya sehingga waktu ajal mendatang. Ada pula yang akan terus menemaninya hingga ke liang lahad. Selepas itu mereka akan pulang. Tinggallah manusia ini keseorangan di dalam kuburnya. Lalu aku berfikir, “Sebaik-baik sahabat adalah mereka yang sanggup menemani aku sehingga ke dalam lubang kubur.

Aku tidak menemui sahabat sebegini melainkan amal solehku.” Lalu aku pun menjadikan amal soleh sebagai kekasih aku. Agar amalan aku itu boleh menjadi pelita menerangi kegelapan di dalam kubur aku kelak, boleh menghiburkan aku dan tidak meninggalkan aku keseorangan di dalamnya.

Comments

Popular Posts