Rupanya Di Negara Ku Sendiri


Golongan mereka yang merempat, semakin meningkat dan ketara. Ini dipaparkan dalam media Aduan Rakyat, Rabu 24 Feb 2010. Terkejut juga teman, bila mana paparan itu memperlihatkan cacatnya pemandangan. Tetapi yang lebih mencacatkan adalah pola masyarakat yang jauh telah berubah dari pelbagai segi. Malaysia hanya 27 juta penduduknya, manakala Indonesia 10 kali ganda jumlah penduduknya. Semasa meronda di kota Jakarta sebelah malam melihat masyarakatnya merempat dan tiada tempat tinggal tidak menghairankan saya kerana populasi dan taraf hidupnya. Bila melihat Kuala Lumpur yang sudah sama juga keadaan dengan negara jiran itu, tentu sekali ada yang tidak kena.

Teman selalu ke KL, belah siang x le nampak sangat mereka yang merempat itu tetapi bila malam. Aduh.. pihak berwajib perlu berfikir dan bertindak 'Rakyat Didahulukan! '. Peningkatan biasanya merujuk keadaan ekonomi dan manfaatnya kepada rakyat.

Comments

Popular Posts