Thanx Dad


Ketika ini aku seorang ayah kepada 3 orang budak lelaki yang bakal jadi ayah. Anak perempuan ku seorang je. Dia orang dah wish dah. Aku ayah. Apa peranan aku untuk kesinambungan 'title' ayah kepada generasi ku itu. Bukan sekadar menerima mandat sebagai ayah sahaja. Yang pasti sebagai ayah buatlah sesuatu yang memberi mereka makna yang besar agar anak-anak ini berjaya bukan sahaja di dunia malah akhirat.

Tersentuh aku, bila menonton drama "Sutera Disebalik Wajah'. Itu lambang seorang ayah yang sayang anaknya. Anak adalah amanah Allah SWT. Mewariskan genarasi dengan ilmu itu penting berbanding taburan wang ringgit untuk menyedapkan hidup sianak. Biarkan mereka tahu bahawa pahit jerihnya membina kehidupan agar menjadi seorang yang berjaya.

'Popular & Ternama' bermula dangan ilmu yang ada dan menguruskan hidup dengan jelas dan bermakna.

Jadikan aku ayah yang berjasa dan berjaya

Comments

Popular Posts