Bukan Hari Ini..Bukan Esok Tapi Entah Bila....

Kalau janji, kena tunaikan. Kalau diamanahkan kena jugalah amanah. "Bukan Hari Ini..Bukan Esok Tapi Entah Bila...." baris kata yang merungkai rasa bertanggungjawab kepada yang ingin bertanggungjawab. Meletakkan sesaaat nanti untuk menunaikan janji adalah 'bisa yang menjadi tegal biasa'. Sebutlah insya Allah mentelah kita berjanji dengan keizinan Allah dengan keazaman untuk menunaikan. Hanya pastikan 'niat' tidak disebaliknya, iaitu berhasrat untuk tidak menunaikan janji.

Taburkan lah janji kerana janji itu 'hutang' yang boleh dituntut oleh penerima janji. Itu sebabnya jangan sekali berjanji kalau kita tidak berupaya untuk menunaikan janji. 'Hutang' yang perlu langsai tanpa syarat. Sama juga ketika kita berjanji kepada diri sendiri.

Comments

Popular Posts