The Download


'Download' istilah bagi muat turun bagi teknologi software komputer. Itu istilah aje. Apa lak yang kita muat turun untuk generasi sementelah anak-anak. Tentulah ilmu, akhlak dan apa yang memberi kebaikan dunia dan akhirat. Tidak dapat tidak semua itu harus memberi manfaat kepada semua orang apatah lagi generasi itu.

Apa lagi yang tak muat turun! Tentunya banyak lagi. Simpan aje lah yang tidak muat turun tu di dalam diri kerana bukan semua leh keluar. Sebab ada yang tidak boleh diturunkan kepada anak-anak kita.

Kongsikan hasrat dan halatuju kepada anak-anak untuk kecemerlangan masa depan mereka. Masa akan terus berlalu dan tidak memberi peluang untuk kita bersamanya. Kita yang kena manfaatkan masa apatah lagi untuk memberi bakti kepada semua orang termasuk generasi sendiri. Tanamkan pemikiran positif untuk memberi kecemerlangan kepada diri.

Itu yang terlintas untuk hari ini.

Comments

Popular Posts